Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Konvoi Kembara Haji Bertemu...

FERGANA – Tidak ada yang lebih mengembirakan peserta Kembara Inspirasi Haji apabila mereka...

PM Lancar 8 Pakej...

MIRI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lapan...

Reaksi Rakyat Malaysia Melihat...

KITA kerap mendengar seruan demi seruan daripada para pemimpin supaya sentiasa menghormati Jalur...

Menteri Bentang Usul Isytihar...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong hari ini...

Pendatang Panjat Bumbung Eurostar Maut Kena Renjatan

PARIS – Seorang lelaki dipercayai pendatang haram maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memanjat bumbung kereta api laju Eurostar yang dijadual bertolak ke London hari ini, kata seorang pegawai polis.

Ketika kejadian pada jam 5 pagi waktu tempatan, mangsa dipercayai menyorok di atas bumbung kereta api di stesen Gare du Nord di sini, kata sumber polis.

Polis percaya lelaki itu adalah pendatang haram yang cuba memasuki Britain.

Menurut akhbar La Parisien mangsa sukar dikenal pasti kerana mayatnya rentung.

Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa memotong bekalan elektrik dan menyebabkan kesesakan teruk di stesen yang sibuk itu, kata jurucakap SNCF French. – Reuters/BH ONLINE

Kategori