Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Militan Maut Pertempuran...

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) - Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di...

Mohamed Hanipa Sedar Dan...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang...

Pasukan SAR Temukan Separuh...

SANTUBONG - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan mayat separuh badan,...

Jerebu: 12 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12...

Pendapat Tommy Thomas Tak Tepat – Majlis Peguam

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’ mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC), adalah tidak tepat.  

Presidennya Salim Bashir dalam kenyataan hari ini berkata, perkara yang dinyatakan Thomas dalam buku itu adalah pendapat beliau sendiri dan tidak mewakili pandangan Majlis Peguam.

Menurutnya Majlis Peguam mempunyai hubungan profesional yang baik dengan pelbagai peringkat serta bahagian di AGC, dan sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pegawai di jabatan berkenaan adalah sangat baik dan cekap.

Justeru katanya Majlis Peguam  berpendapat adalah tidak tepat untuk melabelkan keseluruhan jentera AGC sebagai tidak kompeten dan tidak bersemangat maju serta tidak berdaya saing berbanding peguam swasta.

“Tahap kompetensi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara, khususnya Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan dalam mengemudi sesuatu kes sangatlah membanggakan dan memperlihatkan tahap kebolehan yang baik dan cemerlang setaraf peguam-peguam swasta,” katanya.

Salim berkata Thomas sebagai bekas Peguam Negara, jika ingin mengkritik, ia perlu dilakukan secara peribadi ketika beliau dalam perkhidmatan selain mengambil langkah membaiki kepincangan ketika itu dan setidak-tidaknya mengkritik dalam konteks yang membina setelah bersara. 

Beliau berkata walaupun diakui ada beberapa kelemahan dalam kalangan kakitangan dan pegawai tetapi perkara itu adalah lumrah dalam setiap struktur organisasi, sama ada dalam kalangan pegawai undang-undang dalam perkhidmatan kerajaan mahupun peguam swasta.

“Kita tidak boleh membuat rumusan umum yang mencerminkan dan mengaitkan sikap setiap pegawai dan peguam dalam organisasi itu. Kami (Badan Peguam Malaysia) percaya ramai pegawai Jabatan Peguam Negara mampu dan bersedia menerima teguran dan kritikan yang dibuat dalam cara yang berhemah dan bertujuan membaiki diri supaya lebih maju,” katanya.             


Salim berkata ramai hakim yang kini berada di puncak strata kehakiman di Mahkamah Persekutuan yang pernah memulakan karier di AGC.

“Hakim-hakim ini juga mampu menulis penghakiman yang bernas dan mempunyai pengetahuan undang-undang yang jitu setara yang dimiliki oleh hakim-hakim lain yang mempunyai pelbagai pengalaman terdahulu, termasuk peguam,” katanya.

Thomas, 69, dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018 semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, namun pada 28 Februari 2020 beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan biarpun tempoh jawatannya akan berakhir pada Jun 2020. 

Setakat 7 Februari (Ahad), polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku Thomas yang antaranya didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak.

Antara yang membuat laporan polis selepas Thomas melancarkan bukunya ialah Mohamed Apandi dan bekas Peguam Cara Negara III, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. – BERNAMA

Kategori