Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hormati Keputusan Nurul Izzah...

KUALA LUMPUR - Keputusan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan...

Syarikat Pembinaan Didenda RM15,000...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pembinaan yang pernah didenda RM8,500 tahun lepas kerana...

Suri Rumah Dipenjara Sehari...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh...

K’jaan Cadang Buka Ladang...

GEORGE TOWN - Kerajaan bercadang membuka sebuah ladang tanaman tumbuhan herba stevia untuk...

Pendanaan Awam Hartanah Galakkan Pembinaan Lebih Banyak Rumah

SEMENYIH – Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyelesaian Pendanaan Awam Hartanah yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 akan memacu pembinaan satu juta buah rumah dalam tempoh 10 tahun seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana menteri berkata skim itu, yang pertama seumpamanya di dunia akan menawarkan kepada pembeli rumah pertama untuk membayar hanya 20 peratus untuk memiliki rumah manakala bakinya ditampung oleh pelabur menerusi kerangka pembiayaan rakan setara.

Ini, katanya akan membolehkan lebih banyak orang untuk memiliki rumah dengan bayaran minimum, yang boleh dibayar dengan simpanan, pinjaman atau pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

“Mereka boleh pinjam wang dari bank dan wang itu akan dijadikan sumbangan mereka kepada pembelian, cuma 20 peratus sahaja dari harga rumah, yang bakinya akan dibeli oleh pelabur.

“Ia macam REIT (Real Estate Investment Trust) juga… yang mana sesiapa nak melabur boleh melabur… ini tidak bermakna pelabur akan masuk rumah, tidak, cuma pemilikan sahaja setakat dia labur tetapi rumah itu sepenuhnya dimiliki dan diguna oleh pembeli,” katanya selepas melancarkan FundMyHome.com, platform digital yang menawarkan skim serupa dengan penyelesaian Pendanaan Awam Hartanah.

Turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Pengerusi EcoWorld Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf dan Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong.

Pada Jumaat, Lim semasa membentangkan Belanjawan 2019 berkata kerangka pembiayaan Rakan Setara (P2P) yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti, akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan untuk pembeli rumah pertama.

Ditanya tentang perlindungan yang disediakan oleh kerajaan, Dr Mahathir berkata risiko untuk bank memberi pinjaman wang kepada pembeli rumah adalah amat rendah.

“Amaun untuk dipinjam juga amat kecil, jadi bank-bank sudah pasti perlu berhati-hari dalam meminjamkan wang, tetapi kerana ini hanya melibatkan wang pada amaun kecil, peminjam akan mempunyai pendapatan mencukupi untuk membayar balik pinjaman.

“Bahaya orang melarikan diri, tidak bayar pinjaman… jika mereka melarikan diri, rumah itu kosong, jadi anda boleh duduk di rumah itu,” katanya.

Perdana menteri yang menyifatkan skim itu, awalnya dicadangkan oleh Tong sebelum diluluskan oleh kerajaan, sebagai ‘hebat’, berkata ia juga boleh menyelesaikan isu rumah tidak terjual.


Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan kejayaan skim itu akan bergantung pada hasilnya selepas dilaksanakan sepenuhnya tidak lama lagi.

“Saya mahu lihat rumah itu, saya mahu berjumpa pemiliknya… jika ini berhasil, dengan itu lebih banyak orang akan dapat membeli rumah dan lebih banyak lagi boleh dibina,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan komitmen bahawa kerajaan akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk membina sejuta rumah seperti dijanjikan, walaupun ia bukan mudah untuk dicapai dengan banyak rumah tidak terjual masa kini yang dibina pada harga tinggi iaitu di luar kemampuan rakyat.

“Buat janji memang mudah, terutama bila pilihan raya, janji apa saja untuk dapat sokongan tapi tunai janji tidak seperti buat janji.

“Sejuta bukan angka kecil untuk rumah, tetapi ini janji kita dan kita akan tunaikan janji untuk bina sejuta rumah dalam jangka masa 10 tahun,” kata perdana menteri.

Sementara itu, Lim berkata persetujuan terhadap skim itu adalah risiko yang berbaloi untuk diambil dalam usaha bagi menunaikan janji dibuat dalam manifesto untuk membina sejuta rumah dalam 10 tahun.

“Semasa idea ini dikemukakan, kami menghabiskan agak banyak masa untuk mengkajinya secara terperinci kerana perdana menteri suka idea ini dan kami mendapati ia boleh dijayakan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengadakan dialog dengan SC dan badan relevan untuk memperincikan lagi mekanisme bagi melaksanakan skim itu. – BERNAMA

Kategori