Pendakwaan Diperintah Ubah Nama Responden Lucut Hak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pihak pendakwaan yang terlibat dalam pelucutan hak wang berjumlah RM700,000 milik UMNO Bahagian Pekan yang dibekukan untuk meminda nama responden dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Ia bagi membolehkan UMNO Bahagian Pekan yang sebelum ini dinamakan sebagai responden ditukar kepada pemegang jawatan dan bukan kepada pertubuhan itu sendiri.

Terdahulu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam keputusannya menolak permohonan UMNO Bahagian Pekan untuk membatalkan notis lucut hak itu mengikut Seksyen 9C Akta Pertubuhan 1956.

Mahkamah menetapkan 6 September ini untuk pengurusan kes.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membuat permohonan pelucutan hak terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Loading...