Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengumpul Model Lego Sanggup...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa kepada dua anak sanggup membelanjakan sehingga RM20,000 sejak...

Hisap 40 Rokok Sehari,...

Seorang perokok tegar lelaki dari Turki sanggup bertindak mengunci mukanya sepanjang bulan Ramadan...

Meninggal Dunia Dalam Sujud...

Kuala Lumpur : Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal...

Mayat Pelajar Timbul Lepas...

KUANTAN - Mayat seorang pelajar Maahad, Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang dilaporkan...

Pendakwa Raya Arab Saudi Tiba Di Istanbul

ISTANBUL – Ketua pendakwa raya Arab Saudi tiba di Istanbul sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pembunuhan wartawan, Jamal Kashoggi, lapor agensi berita Turki, Ana­dolu semalam.

Sheikh Saud Al-Mojeb mendarat di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul dengan menaiki pesawat peribadi, tambah Anadolu.

Beliau di­jangka mengadakan pertemuan dengan ketua pendakwa raya Istanbul, Irfan Fidan dan melawat konsulat Arab Saudi di mana Jamal dibunuh.

Kes tersebut mengundang pengawasan antara­bangsa yang tidak pernah berlaku terhadap Arab Saudi. Riyadh cuba mengelak daripada terlibat dengan krisis itu selepas memberikan penjelasan berbeza dalam tempoh beberapa minggu selepas pembunuhan Jamal.

Jamal, 59, yang merupakan kolumnis akhbar Washington Post, ke­rap mengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. Mangsa hilang selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinan dengan tunangnya.

Beberapa laporan media Turki mendakwa bahawa Jamal dibunuh dan dikerat-kerat oleh pasukan yang dihantar dari Arab Saudi untuk menutup mulutnya.

Pendakwa raya Arab Saudi itu datang ke Istanbul selepas Riyadh me­ngakui pada minggu lalu bahawa pembunuhan itu dirancang, berdasarkan bukti siasatan Turki.


Terdahulu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis berkata, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir berjanji bahawa Riyadh akan melakukan siasatan penuh kes tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan 18 lelaki berhubung pembunuhan itu, manakala Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta agar mereka diekstradisi ke Turki untuk dibicarakan.

Riyadh bagaimanapun menolak permohonan itu dan mengatakan bahawa semua suspek itu akan dihadapkan ke muka pe­ngadilan di Arab Saudi.

Mayat Jamal masih belum ditemui sehingga kini. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori