Pencemaran: Tiada Tangkapan Baharu, 51 Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang tangkapan setakat ini melibatkan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditanya mengenai sebarang tangkapan terbaharu melibatkan isu tersebut.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya mempergiatkan siasatan serta usaha mengesan pihak yang terlibat.

“Sehingga kini, kita telah menerima sebanyak 51 laporan polis dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 278 Kanun Keseksaan dan Seksyen 284 kanun yang sama.

“Sebanyak 150 anggota polis termasuk dari Pasukan Gerakan Am ditugaskan untuk mengawal serta memantau di kawasan-kawasan terjejas,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Loading...