Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dituduh Komunis, Kit Siang...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengarahkan peguam memulakan prosiding sivil...

Angelina Izin Brad Jumpa...

PASANGAN Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan mencapai keputusan sepakat berkenaan hak penjagaan...

Cuaca Buruk, James Lee...

KUALA LUMPUR - Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, 68, terpaksa...

256 Samseng Jalanan Ditahan

GEORGE TOWN - Seramai 256 'mat rempit' ditahan polis dalam operasi membanteras samseng...

Pencemaran Sungai Batang Benar: Seorang Lagi Ditahan

SEREMBAN – Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang Benar, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, DSP Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 pagi di Kota Bharu, Kelantan.

“Suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Azrul Hisham berkata polis membuat permohonan sambung reman terhadap dua individu yang ditahan berhubung kes sama selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Mahkamah Seremban membenarkan lanjutan tempoh reman itu selama lima hari sehingga 18 Oktober, katanya.


Pada Rabu lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dipetik sebagai berkata polis telah menahan dua lelaki berusia 30-an dan 40-an, yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai dan Sungai Semenyih, Selangor, pada 6 Oktober lepas.

Pada 5 Oktober, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di Sungai Batang Benar.

Pencemaran itu menyebabkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. – BERNAMA

Kategori