Pencemaran: Orang Awam Dilarang Dekati Zon Merah

PASIR GUDANG – Penduduk setempat terutama berdekatan kawasan pencemaran Sungai Kim Kim dinasihatkan untuk tidak menyaksikan kerja-kerja pembersihan di sungai itu selain mereka diberi amaran tidak ke kawasan zon merah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, ini bagi memastikan keadaan terus terkawal selain dibimbangi proses tersebut mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala loya, muntah, pedih mata, sakit dada dan sesak nafas di pusat rawatan awal, di klinik atau hospital berdekatan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah MPPG di sini sebentar tadi.

Tambahnya, orang awam juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar serta digalakkan memakai penutup hidung dan mulut.

Loading...