Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Lanun Somalia Bebaskan 4...

NAIROBI - Empat nelayan Thailand yang dijadikan tebusan oleh lanun Somalia selama kira-kira...

FAMA cadang Ambil Tindakan...

TASEK GELUGOR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah...

12 Petugas KKM, 3...

KUALA LUMPUR - Dua belas petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga...

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert...

BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil...

Pencemaran: KPM Arah 34 Sekolah Tutup Serta Merta

PUTRAJAYA – Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor diarah ditutup serta-merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak susulan kejadian pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada Khamis lalu.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa guru, pelajar dan warga sekolah berikutan keadaan yang semakin kritikal.

“Saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga.

“Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sebanyak 13 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang ditutup mulai semalam sehingga tarikh dimaklumkan kelak.

Arahan penutupan itu melibatkan empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan tujuh buah Sekolah Kebangsaan (SK) serta dua buah Sekolah Agama.


Sekolah yang terlibat ialah SMK Pasir Putih, SK Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 2, SK Perigi Acheh, SMK Kota Masai, SK Kota Masai 3, SK Taman Pasir Putih dan SK Kota Masai.

Selain itu, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih turut diarah ditutup. – K! ONLINE

Kategori