Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Temberang Tak Akan Dipertandingkan...

KUALA LUMPUR: Meskipun single terbarunya, Temberang mencatat lebih 12 juta tontonan di YouTube,...

Zizan Nin Tegur Artis...

PELAKON yang baharu sahaja memenangi trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik menerusi filem Tanda...

The Voice Thailand: Kak...

SEBELUM ini, tular di media sosial apabila peserta program The Voice Thailand, Pathita...

Premis Sembelih Ayam Guna...

SITIAWAN - Jijik dan kotor, itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan sebuah...

Mangsa Toksik Pasir Gudang Saman RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah kesihatan yang dialami mereka, bulan ini.

Ibu kepada salah seorang mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, Norlela Abu Hashim, 45, berkata, tindakan itu diambil selepas melihat kebajikan mangsa-mangsa itu tidak dibela.

“Kita masih sedang mengumpulkan bukti dan akan failkan kes ke mahkamah bulan ini kerana kita nak kumpulkan laporan perubatan mangsa.

“Sebab kita tengok tak ada pembelaan untuk mangsa sampaikan ada yang mata bermasalah tak boleh kawal pandangan, serangan saraf macam anak saya, ada yang sering sesak nafas dan pengsan.

“Jadi saya rasa kena saman sekurang-kurangnya RM10 juta untuk mangsa yang terjejas lebih kurang 40 hingga 50 orang ini sebab kita tak tahu masa depan kesihatan macam mana, berapa lama rawatan atau kesan jangka panjang,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa termasuk pencemaran Sungai Kim Kim dan pencemaran terbaharu Jun lalu kini bersatu di bawah Persatuan Kebajikan Mangsa-mangsa Toksik Pasir Gudang.


Anak Norlela, Irfan Wafiy, 12 disahkan menghidap Myokimia yang menyebabkan anggota badannya menggeletar dan menyebabkan aktiviti harian pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia itu terbatas termasuk untuk berjalan.

Menurut Norlela, Irfan kini tidak dapat lagi melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas menjadi mangsa pencemaran Sungai Kim Kim Mac lalu dan terlantar di hospital selama 10 hari.

“Balik sekolah selalunya Irfan main bola, kayuh basikal waktu petang tetapi sejak sakit memang tidak boleh buat apa-apa. Cuma belajar dalam rumah, makan ubat dan tidur,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori