Pencemaran: 5 Lagi Sekolah Diarah Tutup Hari Ini

PASIR GUDANG – Lima lagi buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah-muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Damai, SK Taman Scientex, SK Taman Rinting, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai dan SMK Taman Scientex.

Bagaimana pun, jumlah sebenar mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan ketika ini.

Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan awal.

Semalam, Kerajaan Negeri johor mengarahkan 13 buah sekolah ditutup akibat kesan pencemaran itu. – K! ONLINE

Loading...