Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bukit Aman Tunggu Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, kembali ke negara ini.

Abang Mangsa Pembunuhan Kejam...

LONDON ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Abang kepada mangsa bunuh kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria...

Aksi Mawar Fareeda Ketika...

KONTROVERSI yang tercetus berikutan video yang dimuatnaik di Facebookƃā€šĆ‚Ā Fareeda baru-baru ini mendapat perhatian...

Kemarau Teruk Landa Australia

MURRURUNDI, Australia ā€“ Kemarau teruk yang melanda kawasan padang ragut Australia mengakibatkan banyak...

Penat Kerja, Posmen Ini Buang Surat Ke Tong Sampah

SINGAPURA – Seorang posmen SingPost terpaksa dipecat setelah dia didapati selamba membuang banyak surat selain sejumlah surat yang dikembalikan penerima di sebuah kondominium di sini.

Demikian tegas jurucakap SingPost menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari iniĀ sebagai menjawab pertanyaan agensi berita tempatan MediacorpĀ mengenai satu rakaman video yang tular di media sosial republik itu.

Ia yang menunjukkan dengan jelas tindakan spontan seorang individu bersemuka dengan posmen berkenaan dan beliau mendakwa petugas agensi pos tersebut sengaja membuang beberapa surat terus ke dalam tong sampah.

Menerusi video tersebut, posmen berkenaan boleh didengar mengakui bahawa dia memang membuang surat itu malahanĀ mengadu bahawa dirinya berasa amat penat selain dilayan dengan tidak adil oleh pihak tertentu.

Posmen yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa dia berasal dari China dan akibat keletihan, lelaki itu menyatakan perlu jumpa doktor kerana kakinya sakit apabila terpaksa hantar lebih 2,600 pucuk surat sehari.

Mengesahkan insiden yang berlaku di sebuah kondominium pada Rabu lalu, jurucakap SingPost menyatakan bahawa syarikat pos tempatan itu tidak boleh menerima sama sekali alasan perbuatan tidak amanah sedemikian.


“Kami tidak boleh menerima sama sekali perbuatan tersebut dan dia sudahpun dipecat serta-merta.Ā SingPost ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memaklumkan perkara ini kepada pihak kami.

“Kami juga meminta maaf kepada para penduduk atas kesilapan tersebut.Ā Kami sudah mendapatkan semula surat-surat yang dibuang dan akan memprosesnya,” menurut jurucakap tersebut.Ā – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori