Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agoda Tawar Lebih 2...

KUALA LUMPUR - Penyenaraian penginapan Agoda, iaitu platform tempahan perjalanan dalam talian, telah...

Lagi 40,000 Kambing, Lembu...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapatkan bekalan tambahan kira-kira...

Polis Terengganu Pergiat Rondaan...

KUALA NERUS - Polis Terengganu akan mempergiatkan rondaan sehingga tiga kali sehari di...

Pembentangan RUU 355 Hasil...

MACHANG - Pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016)...

Penangan Drama: Peminat Suruh Zul, Ayda Kahwin Segera?

Hai, tak habis-habis lagi cerita pasal pelakon Rindu Awak 200 Peratus ni..

Jika semalam, Zul Ariffin mendakwa dirinya menerima SMS berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali, menyatakan mahu membunuh kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, hari ini pula heroin drama tersebut, Ayda Jebat mengatakan ada peminat yang mengirim emel kepadanya menyarankan agar Ayda dan Zul cepat-cepat kahwin dalam dunia realiti!

Memang penangan drama sungguh!

Ketika menceritakan perkara tersebut, Aida berkata kepada Rotikaya, “saya mendapat beberapa emel daripada peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu keserasian yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar terjadi”.

Reaksi aktres comel ini ketika menerima emel tersebut ialah dia hanya mampu ketawa besar melihat kandungan emel peminat tersebut yang disifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.

Dalam pada itu, Ayda juga berkata dia mengetahui Zul seorang yang sudah berpunya dan mereka sangat profesional ketika melakonkan watak masing-masing mengikut tuntutan pengarah drama terbabit.

Harapnya peminat tidaklah terlalu fanatik sehingga mahu mengatur kehidupan realiti pelakon-pelakon tu pula.


Mungkin keserasian itu hanya terjadi dalam drama, kat luar mereka sebenarnya biasa-biasa sahaja berkawan.

Kalau penonton rasa chemistry di antara mereka sangat kuat, maknanya memang berjayalah watak yang dibawakan Zul dan Ayda dalam drama tu! – MYNEWSHUB.MY

zul1

zul2

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori