Penampilan Sacred Riana Bakal Ujakan Pengunjung MAPS

IPOH – Persembahan daripada pemenang Asia’s Got Talent 2017, The Sacred Riana, bakal mengujakan pengunjung acara ‘Hallow From The Other Side’ di Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini pada 26-28 Oktober.

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani, 26, berasal dari Jakarta, Indonesia, terkenal dengan bakat persembahan silap mata dengan gaya rambut panjang jatuh di hadapan muka sambil membawa anak patung seperti Annabelle dari filem ‘The Conjuring’.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPS Shafeii Abdul Gaffor berkata Riana akan membuat persembahan sebanyak enam kali dan pengunjung boleh mendapatkan tiket menerusi pembelian barangan berjumlah RM15 di kedai cenderamata MAPS.

Peminat Riana juga berpeluang untuk makan malam eksklusif bersama ahli silap mata itu di Hotel [email protected] pada 24 Oktober dan untuk tempahan makan malam boleh menghubungi talian 05-5299999 atau email kepada [email protected]

“Sebanyak 15 peratus daripada setiap pakej makan malam itu akan disalurkan kepada tabung bencana tsunami di Palu, Sulawesi,” katanya pada majlis previu media untuk acara itu, di sini semalam.

MAPS yang dibuka pada 26 Jun 2017 mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia dan dibuka setiap 10 pagi-6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi-10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. – BERNAMA

Loading...