Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Anggota Polis Ditahan...

SERDANG - Pasukan khas Bukit Aman menahan tiga anggota polis selepas mereka didapati...

“Bukan Tak Mampu, Jerawat...

NETIZEN yang kolot ni diibaratkan seperti parasit yang sering mencari kesalahan dan menjatuhkan...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setakat ini Wisma Putra menjelaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas...

TH Sasar Perluas Hospital...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mula memberi fokus kepada segmen perkhidmatan...

Penambahan Kes, Pelancong Wuhan Didapati Positif Koronavirus

PETALING JAYA – Malaysia merekodkan 1 lagi kes baru jangkitan koronavirus membabitkan seorang pelancong wanita warga China berusia 59 tahun dari Wuhan.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata wanita itu tiba di Singapura bersama suami, anak lelaki dan menantu pada 17 Januari dan ke Johor Bahru pada 21 Januari.

Pada kebanyakan masa, mangsa hanya berada di tempat penginapannya.

“Beliau mula mengalami gejala demam pada 26 Januari. Beliau tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan dan hanya mengambil ubat demam yang dibeli anaknya dari farmasi berhampiran tempat penginapannya,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Mangsa dijadualkan pulang ke China pada 4 Februari dengan menaiki penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou, tetapi menangguhkannya kerana kurang sihat.

Anak lelaki dan menantunya pulang ke China pada tarikh tersebut. “Pada 5 Februari, beliau masih tidak sihat setelah ubatan yang diambilnya habis.”

Dzulkefly berkata pihak pengurusan penginapannya memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan mangsa dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

Ujian pengesanan dan pengesahan koronavirus yang dijalankan ke atasnya dilaporkan positif pada 6 Februari.

“Beliau kini telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor Bahru dan berada dalam keadaan stabil.

“Suaminya yang berusia 66 tahun juga diletakkan di wad isolasi hospital yang sama. Beliau bagaimanapun tidak bergejala. Sampel diambil dan menunggu keputusan makmal,” katanya.

Dzulkefly berkata perkembangan ini menjadikan keseluruhan kes membabitkan warga asing mencecah 11 orang, dan baki 4 lagi rakyat tempatan.


Dari 10 Januari hingga 7 Februari, jumlah kumulatif kes disyaki adalah 313 orang, membabitkan 198 orang tempatan, 107 warga China, dan seorang warga Australia, Korea Selatan, Brazil, Kanada, Bangladesh, Indonesia, dan Thailand.

“Tujuh 7 disahkan positif koronavirus, 297 negatif koronavirus dan 9 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Bagi mengekang penularan di hospital, Dzulkefly menasihatkan orang ramai, terutama golongan berisiko tinggi, termasuk kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik atau daya ketahanan badan rendah, dan wanita hamil, supaya mengehadkan lawatan ke hospital terutama bagi urusan tidak penting.

“Jika golongan ini masih perlu hadir ke hospital, mereka dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kesihatan diri seperti elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

“Basuh tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya untuk tempoh selama 20 saat atau gunakan hand sanitiser,” katanya.

Dzulkefly menasihatkan elakkan daripada mendekati mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti batuk atau selsema.

“Mengamalkan cough etiquette (etika batuk) – iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.

“Jika mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan, sila pakai penutup hidung dan mulut serta kekalkan jarak yang selamat (iaitu sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang lain di persekitaran,” katanya. – FMT

Kategori