Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Lahir Anak Perempuan...

INDIA – Malang menimpa seorang ibu muda berusia 25 tahun apabila dia dikurung...

Keadaan Di Istana Kehakiman...

PUTRAJAYA - Suasana di Istana Kehakiman di sini yang menjadi tumpuan ramai berikutan...

Kempen Trak Bubur Lambuk...

SEPULUH buah trak bubur lambuk akan berada di pelbagai destinasi strategik sepanjang Ramadan...

Penajaan KL 2017 Cecah...

KUALA LUMPUR - Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9...

Penamatan Khidmat Zakaria Sebagai Pengarah FGV Tak Adil

KULAI – Penamatan khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, sebagai Pengarah syarikat itu empat hari lalu adalah tindakan yang tidak adil dan terburu-buru.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman, berkata tindakan itu mencemarkan nama baik Zakaria sebagai anak peneroka yang sudah berkhidmat bersama FELDA selama 35 tahun.

“Kita mahu kerajaan campur tangan tetapi jika berlaku sebaliknya (kerajaan tak campur tangan) dan Datuk Zakaria tidak dilayan secara adil maka kita akan buat solidariti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia di Felda Bukit Ramun, Kulai, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya bukan hendak membela mana-mana pihak namun ramai anak peneroka kecewa akan langkah diambil kerana menunjukkan ketidakadilan.

“Kami simpati dengan situasi dihadapinya apatah lagi kontraknya bersama FGV difahamkan akan tamat pada Mac 2019. Ia tidak sepatutnya diakhiri dengan situasi begini,” katanya.

Beliau menambah, sekalipun terdapat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan Zakaria atau Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya membuat siasatan terlebih dahulu mengikut lunas undang-undang sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 12 September lalu, FGV berkata, penamatan khidmat Zakaria itu adalah selepas syarikat menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang menarik balik pelantikan beliau sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV yang diluluskan oleh pemegang saham pada 28 Jun lepas.


Sementara itu, mengenai isu lain, Mazlan meminta kerajaan campur tangan dalam soal mengkaji semula kedudukan FGV.

Katanya, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia oleh kerajaan terdahulu adalah satu malapetaka yang kesan buruknya boleh dirasai sehingga kini.

“Sebahagian besar pendapatan FELDA iaitu hampir 80 peratus hilang ekoran tanah Felda Plantation berkeluasan 360,000 hektar dipajak oleh FGV selama 99 tahun.

“Sebelum penyenaraian, ianya menyumbang pendapatan sebanyak RM1 billion setahun kepada FELDA,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori