Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunggu SOP Arab Saudi...

SHAH ALAM - Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang...

Nabila Huda Mengamuk Dengan...

KUALA LUMPUR – Kesabaran pelakon Nabila Huda sampai ke kemuncak apabila dia memuat...

Mansuh Sekolah Vernakular: MCA...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hairan dengan sikap...

Anwar Ramal Jadi PM...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan...

Penajaan Program Haji 1MDB Libatkan Lebih RM56 Juta 

KUALA NERUS – Penajaan Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah berkata jumlah tersebut tidak termasuk subsidi yang disediakan pihak kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa komited untuk meneruskan program itu meskipun melibatkan jumlah yang besar dan dikecam pelbagai pihak.

Katanya jumlah bayaran bagi mengerjakan Haji tahun ini ditetapkan sebanyak RM9,980 manakala subsidi diberikan sebanyak RM9,570 bagi seorang jemaah.

“Tahun ini seramai 1,100 jemaah telah ditawarkan menyertai program ini. Antara calonnya ialah Imam, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Yayasan Pondok, Guru Tahfiz…ada juga di kalangan pengamal media dan tok batin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat jemputan program berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini hari ini.

Mengikut rekod, program tersebut melibatkan seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012) serta  776 orang (2013) manakala tiga tahun selepasnya masing-masing melibatkan seramai 984 orang, 1,181 orang dan 1,090 orang.

Sementara itu, menerusi majlis hari ini, seramai 87 orang menerima surat tawaran masing-masing dan dijangka berlepas ke Madinah menerusi penerbangan terakhir antara 9,10 dan 11 Ogos sebelum ke Makkah.


Empat orang pengamal media turut menerima surat tawaran hari ini dan rata-rata mereka mengucapkan syukur kerana berpeluang menunaikan Haji menerusi tajaan tersebut.

Tuan Azam Tuan Johan, 65, yang merupakan wartawan sambilan Bernama, berkata jika menunggu giliran sepertimana ditetapkan Tabung Haji, beliau perlu menunggu 10 tahun lagi untuk ke Tanah Suci.

“Tidak terkata gembiranya apabila menerima tawaran ini. Setelah pencen saya bukan sahaja menjadi wartawan sambilan tetapi juga merupakan Pengerusi JKKK di kampung Seberang Tuan Chik, di sini dan peluang ini akan dimanfaatkan  sepenuhnya bukan semata-mata untuk beribadah tetapi juga membantu pihak pengurusan sekiranya diperlukan nanti,” katanya.

Pengamal media lain ialah Ruslan Abdul Rahman iaitu Timbalan Pengarah (Operasi) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Yassin Embong (Pemasaran akhbar New Straits Times) dan Khalid Abdullah (RTM). – BERNAMA

Kategori