Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kurangkan Polemik Dan Bercakap,...

TUARAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta seluruh...

Alumni Al-Azhar Bakal Ada...

KUALA LUMPUR - Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa yang akan menjadi pihak...

Peramal Ditahan Bocor Soalan...

HONG KONG - Seorang ‘tutor selebriti’ Hong Kong yang terkenal selepas menjanjikan kejayaan...

Jawatankuasa Khas Banteras Jenayah...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan sebagai agensi khas bagi...

Pemuda UMNO Pahang Tuntut The Star Mohon Maaf

AKHBAR The Star digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini ekoran menyiarkan tajuk berita utama berkenaan ‘pengganas’ disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat terawih di halaman muka depannya, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah berkata, meskipun tajuk berita yang digunakan tiada kena mengena dengan gambar tersebut, ia masih boleh memberikan salah faham kepada orang ramai  dengan apa yang disiarkan pada muka depan bertarikh 27 Mei itu.

“Ia seolah-olah merujuk pengganas kepada orang Islam dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut dalam satu muka surat besar di halaman depan.

“The Star sebagai salah satu akhbar ‘senior’ berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

“Lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahar, ia merupakan hari pertama umat islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan.

“Sama ada penyiaran muka depan akhbar itu disengajakan atau tidak, saya menggesa pengarang The Star untuk meminta maaf dengan seluruh umat Islam dan berjanji akan lebih sensitif dalam menyampaikan berita.


“Ini adalah demi mengelakkan tercetusnya ketegangan dalam komuniti berbilang kaum di negara ini lebih-lebih lagi memberi persepsi yang salah tentang agama Islam.

“Saya juga menggesa pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan dalam memastikan tiada berita yang boleh mencetuskan kemarahan mana-mana agama dan kaum disiarkan,” katanya.

Justeru Shahar turut mengingatkan kepada media yang berfungsi sebagai medium penyampaian berita agar memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan laporan yang tepat supaya tidak megelirukan rakyat. – MYNEWHSUB.CC

Kategori