Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Shiera Minta Fattah, Fazura...

PELAWAK dan hos terkenal, Sharifah Shahirah (Shiera) meluahkan rasa kesal apabila tindakan berkongsi...

Polis Bahagian Cawangan Khas...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan...

Empat Mayat Ditemui Selepas...

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m)...

Pengganas Kulit Putih Anti...

WELLINGTON - Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di masjid...

Pemuda UMNO Kedah Cabar Mukhriz Umum BR1M ‘Dedak’

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Kedah hari ini menerusi sebuah kenyataan meluahkan penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri atas inisiatif dan mengilhamkan pemberian BR1M kepada golongan yang memerlukan.

Dalam kenyataan itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengatakan ianya adalah satu sejarah di mana buat pertama kalinya pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara diagihkan secara terus ke poket rakyat dan dinikmati secara bersama sejak negara mencapai kemerdekaan.

Adakah DAP Akan Bersetuju Mukhriz Jadi PM?
Timbalan Presiden parti PPBM, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam hal ini, Pemuda UMNO Kedah mencabar Timbalan Presiden parti PPBM dan mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir untuk mengatakan pemberian BR1M ini adalah “dedak” dan pada masa yang sama menyokong kenyataan penasihat parti PPBM sendiri itu Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah menganggap pemberian BR1M adalah satu “dedak” kepada rakyat.

“Bagi Pemuda UMNO Kedah, kenyataan Mukhriz sebelum ini yang menyatakan bahawa pakej pembangunan yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini kepada rakyat Langkawi adalah “dedak” sama sekali tidak boleh diterima dan rakyat seharusnya menghukum keceluparan dan ketidak matangan pemimpin tersebut.

“Namun Pemuda UMNO yakin Mukhriz tidak akan ada keberanian untuk menyahut cabaran Pemuda UMNO Kedah kerana takut hilang undi ataupun bimbang popularitinya merosot,” kata Shaiful.

Hakikatnya, BR1M diterima baik oleh rakyat dan ianya banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.


Pemuda UMNO Kedah juga mohon agar rakyat memahami dan menyokong inisiatif ekonomi yang dibawa oleh kerajaan. Pemuda UMNO Kedah berpandangan inisiatif ekonomi yang diilhamkan oleh PM adalah yg terbaik dan perlu difahami oleh semua.

“Polemik “dedak” dan “beli undi” ini adalah semata-mata modal politik murahan parti pembangkang yang mahu terus menerus meracuni minda dan fikiran pengundi,” jelas kenyataan itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori