Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Sultan Pahang Serah Kepada...

KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja...

Penjawat Awam Ugut Bunuh...

KUANTAN - Polis menahan seorang penjawat awam petang semalam kerana disyaki mengugut untuk...

Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan tahap baharu kerja sama pertahanan bagi negara anggota...

SRC: Najib Mohon Panggil...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70...

Pemuda UMNO Cabar Menteri Agama Kemuka Bukti

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof mengemukakan bukti tuduhannya keatas pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Naik.

Exco Pemuda UMNO, Syed Amir Muzakkir berkata, beliau telah berulang kali mendengar video Mujahid memperkatakan tentang dakwah yang disampaikan oleh Dr. Zakir tidak sesuai di Malaysia dan seolah-olah menghina agama lain.

Tegas beliau, dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu boleh menimbulkan gambaran yang buruk dan fitnah keatas agama Islam.

“Mujahid perlu datangkan bukti terhadap dakwaannya sebelum ini sebab jika tiada ia adalah satu fitnah.

“Setakat yang kita dengar ceramah atau kuliyyah yang disampaikan oleh Dr. Zakir, tidak ada satu ayat pun yang pernah dikeluarkan oleh beliau mempertikaikan mengenai agama lain apatah lagi menghinanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Mujahid dilaporkan mendakwa Zakir suka menerapkan cara debat yang seolah-olah menghina agama lain dalam ceramahnya yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian agama dan kaum.

Mujahid berkata demikian dalam ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran Dalam Hubungan Masyarakat Majmuk anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Syed Amir berkata, banyak pengisian yang disampaikan dalam program ceramah Dr. Zakir hanya memperbetulkan pandangan dan persepsi orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Kata beliau, bahkan dalam ceramah Dr. Zakir, bila ada bukan Islam yang hadir, beliau meraikan dan akan memberikan laluan kepada orang bukan Islam itu untuk bertanyakan soalan terlebih dahulu berbanding hadirin yang lain.

Bagaimanapun, katanya, adakala sesetengah perkara terutama yang bersangkutan dengan agama memang memerlukan ruang perdebatan, bagi memberi penilaian yang kemudiannya disusuli dengan hujah.


“Islam itu sendiri berdiri di atas hujah dan dalil yang sahih, bukannya berpaksi kepada satu dakwaan kosong. Inilah Islam,” katanya.

Tambah beliau, apa yang disampaikan oleh Dr. Zakir adalah sebahagian daripada proses penjelasan dan perdebatan yang baik dan bersandarkan Al-quran dan As-sunnah.

Kata beliau, perdebatan yang menyentuh berkenaan topik perbandingan agama telah diadakan dikebanyakan univerisiti termasuk di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang merupakan satu perbincangan secara ilmiah dan bukan menghina fahaman dan agama lain.

Justeru, katanya, Pemuda UMNO dan rakyat Malaysia mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperbetulkan dakwaan beliau sebab ia akan menimbulkan polimik dan kekeliruan kepada bukan Islam dan terhadap agama Islam.

“Kita juga amat bimbang ia akan menimbulkan gambaran yang buruk dan fitnah kepada Islam. Perhalusilah setiap kenyataan dan janganlah membuat sesuatu kenyataan yang merugikan Islam dan mana-mana agama di negara kita ini.

“Sayangilah kedamaian yang kita kecapi lebih 60 tahun ini dan semoga ianya kekal selamanya,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori