Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Video: Bagaimana Nak Bagi...

BUAH pisang merupakan di antara buah yang paling cepat busuk dan rosak jika...

Tindak Balas Terhadap Negara...

KUALA SELANGOR - Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan...

Majoriti Aduan Kenaikan Harga...

ADUAN mengenai kenaikan harga makanan dan minuman mendominasi purata 4,000 aduan yang diterima...

Warga Tempatan Dalang Sindiket...

KUCHING - Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak sudah mengenal pasti beberapa...

Pemuda DAP Lapor Polis Ugutan Bunuh Kit Siang

IPOH – Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan, Howard Lee Chuan How hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterima penasihat parti, Lim Kit Siang menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

Lee, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri berkata hantaran yang dimuat naik petang semalam oleh pengguna bernama Hata Wahari berbunyi ‘Lim Kit Siang ini sudah wajib dibunuh’.

“Saya sentiasa terbuka dan meraikan perbezaan pandangan dalam berpolitik. Namun begitu, saya yakin bahawa ugutan bunuh tidak diterima sebagai sebahagian daripada hak asasi yang diiktiraf di negara ini.

“Tindakan membuat ugutan bunuh seperti ini adalah perbuatan jenayah yang serius. Ancaman bunuh terhadap tokoh masyarakat yang telah lama berkhidmat menyumbang bakti kepada negara ini amat membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.

Mengulas lanjut, Lee berkata beliau yakin dan percaya Lim tidak akan sama sekali tunduk terhadap ugutan seperti itu dan akan terus menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Iskandar Puteri dengan baik.

Kategori