Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Perkenan Azmin...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk melantik...

Anwar Mahu Selesaikan Isu...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin beberapa isu yang...

Nelayan Hilang Bot Karam...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan hilang apabila botnya karam antara perairan Pulau Pisang...

Tiada Pengesahan Dakwaan Penahanan...

KUALA LUMPUR - Tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ahli perniagaan Low Taek...

Peminat ‘Restu’ Zul-Farah, Takkan Bercinta Dengan Lizzy

GANDINGAN mantap antara pelakon Zul Ariffin dan pendatang baharu, Farah Nabilah kini kembali ‘menyerang’ peminat drama bersiri popular Titian Cinta.

Semalam, Zul telah memuat naik gambarnya bersama-sama dengan heroin drama berkenaan iaitu Farah atau lebih mesra disapa dengan nama Fawa.

https://www.instagram.com/p/Bh_6g3_BCf7/?taken-by=zul_ariffin

Kebanyakan peminat mereka bagaikan ‘merestui’ hubungan ‘cinta’ antara dua pelakon hebat ini walaupun gambar berkenaan melihatkan Zul merangkul pinggang aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Ramai peminat mendoakan jodoh mereka berpanjaangan jika benar kedua-duanya sedang hangat bercinta.

Namun, dalam ada yang ‘merestui’, masih ada juga beberapa peminat Zul dan Fawa sempat bergaduh di ruangan komen tersebut serta mereka turut melahirkan perasaan kurang selesa apabila melihat gambar tersebut.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa orang peminat tegar pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa turut mengecam Fawa serta membandingkan kemesraan antara kedua-dua aktres jelita itu.

ZUL DAN NEELOFA DIGANDINGKAN DALAM DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI.


Namun apa yang pasti, mereka berdua memang sedondon berbaju biru pada majis pertunjukan fesyen jenama Primavalet di Majestik Hotel Kuala Lumpur pada malam tadi.

Sesudah berakhirnya majlis berkenaan, Zul telah bergegas ke lokasi penggambaraan filem Misteri Dilaila yang memperlihatkan lakonannya bersama dengan Elizabeth Tan.

Selepas hubungannya bersama dengan pelakon Zahirah MacWilson telah berakhir, Zul dilihat seperti banyak pula kontroversi mula melanda pelakon bertubuh sasa ini.

Dia juga dikatakan mempunyai hubungan mesra bersama dengan pelakon dan penyanyi tinggi lampai, Elizabeth atau lebih mesra disapa dengan nama Lizzy.

Ketika ditanya tentang hubungannya bersama dengan Lizzy, dia menyifatkan wanita itu mempunyai perwatakan yang menarik namun itu tidak membuatkan mereka menjalinkan hubungan cinta.

Baca: Lizzy Bingung Fathia Upload Gambarnya Dengan Zul

“Tidak akan ada cinta lokasi, kami hanya berlakon bersama. Tetapi Elizabeth adalah seorang yang menyeronokkan.

” Dalam keadaan kami yang bekerja dalam tempoh waktu panjang ini memang perlu keadaan bergurau untuk mengurangkan tekanan,” katanya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Zul berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahukan kerana kini dia tidak perlu menjaga hati sesiapa.

Malah, pelakon berasal dari Taiping, Perak itu juga memaklumkan bahawa dirinya kini lebih bahagia sejak ambil keputusan untuk memutuskan hubungan bersama dengan bekas kekasihnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori