Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masalah Keciciran Perlu Dipandang...

PADANG BESAR - Isu keciciran pelajar sekolah di Perlis akibat kemiskinan harus dipandang...

9 Pendaki Cuba Tawan...

SEPANG - Sembilan pendaki Malaysia berlepas ke Skardu, Pakistan hari ini bagi melaksanakan...

Harga Barangan Kawalan Deepavali...

KULIM – Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang bermula hari...

Pengundi Cina Perlu Kembali...

BERA - Pengundi Cina di negara ini diseru supaya kembali menyokong Barisan Nasional...

Peminat Resah Dengan Prestasi The Red Warriors

KOTA BHARU – Kedudukan tercorot pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super kini mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak yang bimbang dengan kemungkinan The Red Warriors (TRW) terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata aksi TRW pada pertemuan Liga Super Jumaat lepas yang berkesudahan tewas 0-4 di tangan Selangor bukan permainan sebenar pasukan Kelantan.

“Melihat pada prestasi pasukan pada perlawanan…rasanya ketua jurulatih pasukan Kelantan (Fajr Ibrahim) sudah boleh diminta berehat,” katanya menerusi entri terbaharu laman Facebooknya hari ini.

Selepas dilantik menggantikan Sathit Bensoh pada Mac lalu, bekas jurulatih kebangsaan Syria itu hanya mampu memberikan satu kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Annuar berpandangan pemain muda tempatan yang membarisi pasukan ketika ini tidak mempunyai ketua bagi membimbing mereka ketika beraksi di padang.

“Saya hairan macam mana jurulatih boleh turunkan pasukan seperti ini… sedangkan pemain berpengalaman disimpan dalam peti sejuk dan ada dijual,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa KAFA membawa masuk pemain import ASEAN yang berkualiti bagi mengubah keadaan tersebut.

“Saya hairan kenapa pintu perpindahan kedua tidak digunakan untuk perbaiki pasukan dengan membawa pemain import yang berkualiti… mengapa Do Dong Hyun (penyerang dari Korea Selatan) dan Morgaro Gomis (pemain tengah dari Perancis) hilang dan Mohd Bahdri Md Radzi (ketua pasukan sebelum ini) di mana?” katanya.

KAFA kini diterajui usahawan wanita Bibi Ramjani Ilias Khan selepas memenangi pemilihan jawatan itu pada kongres Tahunan KAFA ke-63 September tahun lepas.


Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu (TRWKB), Mohd Zainy Zain berkata KAFA tidak boleh menjadikan faktor penjimatan kewangan sebagai alasan mereka menggunakan pemain muda yang seterusnya menimbulkan masalah prestasi pasukan.

Katanya ini kerana pemain muda Kelantan ketika ini belum cukup matang untuk diberikan tugas berdepan pasukan lain yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.

“Penyerapan mereka seharusnya dilakukan secara berperingkat dan mengikut fasa tertentu. Bukannya menghumban mereka terus ke dalam kancah kompetitif dan mengharapkan survival yang agak tidak munasabah.

“Gandingan dan tunjuk ajar daripada pemain senior amat diperlukan dan ia memakan masa untuk mematangkan pemain-pemain muda itu. Pendedahan pemain muda dalam pasukan senior amatlah baik, tetapi perlu perancangan yang lebih teliti,” katanya.

Setelah mengharungi 13 perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan tercorot dengan lapan mata hasil daripada dua kemenangan, dua seri dan sembilan kali kalah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRW

Kategori