Peminat Dakwa Sombong, Elfira Minta Maaf

UMUM sudah tahu pelakon Elfira Loy kini berada di kota suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Namun, dalam keterujaannya mengerjakan ibadah itu, ada pula berita kurang manis yang terpalit pada nama pelakon genit tersebut.

Seorang pengguna laman sosial bernama Abaya Suraya telah mendakwa bahawa Elfira bersikap sombong kerana tidak membalas sapaannya semasa mereka bertemu di dalam sebuah majlis.

Menurut peminat itu, dia agak kecewa apabila Elfira seakan ‘mahu tak mahu’ saja melayannya ketika disapa, berbeza dengan dirinya di media sosial.

Kata Abaya Suraya, Elfira agak sombong ketika dijumpa di luar tetapi agak peramah di Instagram. Abaya Suraya turut mengatakan bahawa dia tidak sangka sikap tunang Sufian Suhaimi itu seperti itu.

Sementara itu, Elfira yang menyedari tentang komen tersebut, telah memohon maaf kepada peminatnya itu.

Katanya, dia tidak berniat untuk bersikap sombong dengan peminat dan seebagai selebriti dia sentiasa mahu memberi layanan terbaik dan berfikiran positif terhadap peminatnya.

Namun, kami berpandangan bahawa jika betul peminat itu terluka sekali pun, masa dan tempat dia luahkan ketidapuasan hatinya itu amatlah tidak sesuai sekali. Kot ye pun, tunggulah Elfira pulang dari umrah dahulu! – MYNEWSHUB.CC