Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

UPM Ungguli Anugerah Harta...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menggondol tempat pertama bagi Kategori...

Bajet 2016: Kedah Mohon...

SERDANG - Kerajaan negeri Kedah memohon agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang...

Kehadiran MP Bukan Isu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata...

PM Lancar Program Jimat...

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program...

Peminat Belum ‘Move On’ Penangan Vokal Ernie

MESKIPUN pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) sudah melabuhkan tirainya, namun peminat masih belum ‘move on’ dengan penangan vokal padu milik Ernie Zakri ketika menyampaikan lagu, Aku Cinta.

Memetik sebuah portal online, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui sama sekali tidak pernah menyangka klip video nyanyiannya tatkala berduet dengan Syamel di AJL32 menjadi trending di YouTube.

Melalui pembacaan di ruangan komen, kebanyakannya terkejut dengan teknik wisel yang saya lakukan ketika menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Syamel itu.

“Tidak tahu hendak kata apa-apa cuma saya berterima kasih atas setiap pujian yang telah diberikan. Alhamdulillah, kerja keras kami berdua membuahkan hasil,” kata Ernie yang juga merupakan seorang guru vokal.

Ernie berkata, selepas kejayaan Aku Cinta, mereka berdua kini sedang sibuk menghasilkan dan mempromosi single solo masing-masing.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kolaborasinya dengan pelantun lagu Lebih Sempurna itu, Ernie memberitahu dia hanya menunggu ‘lamaran’ daripada penyanyi lelaki itu.

“Memang ada perancangan tetapi kami mahu fokus dulu terhadap lagu solo. Syamel baru sahaja tampil dengan single Biar CintaSaya juga sudah ada lagu cuma belum siap sepenuhnya. Tajuk pun belum dimuktamadkan. Masih dalam proses pembikinan,” ujar Ernie.


Terdahulu, pasangan duet itu menerima pujian daripada juri yang mana mengatakan tiada satu nada pun daripada nyanyian mereka kedengaran sumbang.

Kesempurnaan nyanyian itu melayakkan mereka menjulang trofi Vokal terbaik pada malam berlangsungnya acara berprestij itu pada 11 Februari lalu.

Sehingga kini, lagu duet nyanyian Syamel dan Ernie meraih tontonan lebih 3,000,000 tontonan dan menjadi trending di nombor dua di laman YouTube Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori