Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gangguan Seksual: Polis Minta...

Ipoh : Polis meminta mana-mana doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual oleh...

Ubat Gigi Bersihkan Kerak...

LONDON - Ubat gigi bukan sahaja membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bau...

Lelaki Buat Tatu Berwajah...

SEORANG lelaki yang juga bapa muda bertindak membuat tatu berwajah anaknya di muka...

Hamilton Akan Bersara –...

LONDON : Lewis Hamilton akan bersara daripada Formula Satu (F1) susulan kontroversi di...

Pemimpin UMNO, PAS Warnai Himpunan 812

MERIAH… Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin parti politik yang hadiri himpunan #DaulatHimpunan812.

Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan hadir ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Himpunan tersebut bermula dengan ucapan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dituruti diambil giliran oleh pelbagai tokoh politik yang hadir di pentas berdekatan Dataran Merdeka.

Setakat ini menurut pihak penganjur, lebih 300,000 peserta telah memenuhi sekitar Dataran Merdeka secara aman bagi bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Peserta yang hadir turut menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada bekas bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mengenangkan jasanya dalam mempertahankan syiar Islam di negara ini.

Nik Abduh kemudian menjadi imam solat Zohor yang diadakan di atas jalan simpang empat berhadapan pusat beli-belah Sogo. Tanpa hirau terik matahari, kesemua jemaah turut mengadakan solat sunat hajat sebelum himpunan.

Setakat ini keadaan di sekitar dataran tersebut masih lagi dalam keadaan tenang tanpa sebarang kekecohan dengan dibantu kawalan daripada pihak anggota polis serta pertugas Jabatan Amal PAS. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori