Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penerbangan MAS Dari KL...

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH127 yang sedang berlepas ...

Gagal Naik Balik Lepas...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun terperangkap sejauh hampir 10 meter di dalam perigi...

Perubahan Tempat Duduk Ahli...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula hari ini menyaksikan...

Empat Keluarga Tinggal Sehelai...

GUA MUSANG - Dua belas mangsa daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua unit rumah yang...

Pemimpin PAS Hidup Mewah Di Selangor! – PAN

KUALA LUMPUR – Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ramai pemimpinnya dalam kerajaan Selangor sedang menikmati hidup mewah waktu ini.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berkata, pemimpin PAS dalam kerajaan Selangor takut akan kehilangan kuasa, gaji berpuluh ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang mereka terima jika PAS memutuskan kerjasama dengan PKR.

“Walaupun banyak usul PAS di Pulau Pinang dan Terengganu lulus putus hubungan dengan PKR, tapi saya lebih nampak Muktamar PAS April ini tidak berani buat keputusan berpecah dengan PKR.

“Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa, dapat pelbagai kemudahan, gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil PAS nak putuskan hubungan dengan PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Akar umbi PAS terutama di Pulau Pinang dan Terengganu mendesak supaya parti itu memutuskan kerjasama dengan PKR kerana PKR menganggotai Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.


Desakan itu juga kerana PKR merupakan sekutu politik PAN yang merupakan parti serpihan PAS selain PKR menjlalin kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC 

Kategori