Pemimpin Kanan PKR Tinggalkan Rumah Anwar

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin kanan PKR dilihat meninggalkan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 6 petang tadi.

Antara yang kelihatan adalah Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; Naib Presiden PKR yang juga juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar; Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng.

Beberapa pemimpin yang disapa wartawan untuk bertanyakan mengenai agenda perbincangan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ketika ini, kumpulan pelajar tahfiz daripada pelbagai pusat agama masuk ke rumah Anwar sejak 5.45 petang tadi.

Anwar difahamkan akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat di rumahnya selepas solat Maghrib hari ini. – BH Online

Loading...