Pemimpin AMANAH Masuk Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mula memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tiba di pintu dua Istana Negara, pada jam 11.56 pagi.

Ia diikuti Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang memasuki Istana Negara, pada jam 12 tengah hari.

Beliau turut diiringi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Salahuddin Ayob; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Turut kelihatan, 10 lagi kenderaan dipercayai membawa Ahli Parlimen tiba di Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.

Lima lagi kenderaan membawa wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari AMANAH dan Ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah, Darell Liking tiba pada jam 12.20 tengah hari. – BH Online

Loading...