Pemilik Koleksi Permainan Video Terbesar Dunia

RICHMOND – Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia di sini baru-baru ini.

Antonio Monteiro mula bermain permainan video sejak kecil sehingga pegawai Guinness terpaksa menghabiskan masa lapan hari untuk membilang keseluruhan 20,139 kotak permainan video di rumahnya.

“Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat berkongsi rekod ini dengan penduduk seluruh dunia,” kata Monteiro yang turut mempunyai lebih 100 jenis konsol permainan video.

Monteiro juga memiliki koleksi lengkap permainan Nintendo 64DD yang hanya dipasarkan di Jepun dan sebuah permainan Sega Game Gear yang jarang ditemui iaitu CJ the Elephant.

Dia turut menyimpan satu salinan permainan video Max Basic Rifle Marksmanship Program yang dikeluarkan Nintendo khas untuk tentera Amerika Syarikat untuk latihan menembak dan tidak pernah dijual kepada orang awam. – Agensi

Loading...