Pemilik Butik Pengantin Dikecam Photoshoot Di Kubur Kristian

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah meminta maaf, seorang pemilik butik pengantin terus dikecam netizen di media sosialnya hari ini.

Ia gara-gara kesilapannya memuatnaik model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook miliknya baru-baru ini.

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin hari ini.

Menceritakan perkara sebenar, Nur Amirah berkata, gambar berkenaan diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat, Johor.

Menurutnya, gambar itu diambil untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti.

“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.

“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,” katanya.

Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.

“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.

“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.

Sejak kejadian itu, netizen mengecamnya termasuk seorang ustaz yang dikenali melalui program Pencetus Ummah (PU).

Apa yang dibimbangi PU berkenaan, penyebaran gambar itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam malah turut menyebabkan kemarahan penganut Kristian.

Jika dibiarkan ia akan mengugat keharmonian dan perpaduan kaum dan penganut agama. – myMetro Online

Loading...