Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saya Tidak Layak Menang...

LONDON - Bintang Manchester United Paul Pogba mengakui dia tidak layak untuk memenangi...

CEO Goldman Sachs Pertahan...

NEW YORK - Ketua Eksekutif Goldman Sachs (Goldman), David Solomon mempertahankan cara bank...

Kelantan Akan Penjarakan Lelaki...

Jika anda seorang lelaki dan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut...

Banjir: 6 Keluarga Dipindahkan...

MELAKA - Dua kampung di Peringgit dilanda banjir awal pagi ini mengakibatkan 20...

Pemilik Butik Didakwa Tipu Jualan Beg Tangan Mewah

KAJANG – Seorang pemilik butik beg tangan berjenama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu pelanggannya dalam pembelian dua beg tangan berjenama bernilai RM17,500, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Noor Shakila Shaari, 30, yang juga menjual beg tangan berjenama dalam talian didakwa telah menipu Candice Ng Wei Lynn, 28, dan memperdayakan mangsa untuk memasukkan wang berjumlah RM9,000 ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh bagi penjualan beg tangan jenama Chanel yang tidak wujud.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Cheras Perdana, Cheras, di sini antara 30 Ogos dan 5 September tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dengan memperdayakan Yeoh Cheong Ai, 39, untuk memasukkan wang berjumlah RM8,500 ke dalam akaun Maybank miliknya bagi penjualan beg tangan jenama Christian Dior yang tidak wujud.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Hulu Langat dekat sini antara 14 Ogos dan 27 Oktober tahun lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, R. Siamalah menawarkan wang jaminan RM18,000 bagi kedua-kedua pertuduhan namun peguam V. Premshangar yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik kepada polis sepanjang siasatan kes itu selain tertuduh tiada kebarangkalian untuk melarikan diri.

Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori