Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Santos Puji Persembahan Ditampilkan...

LENS - Jaringan pemain gantian Portugal, Ricardo Quaresma yang memastikan kemenangan pada masa...

Polis Siasat Kes Kematian...

IPOH - Polis awal pagi ini mengumumkan ia mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian...

Tiada Lagi Teksi Lama...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mensasarkan tiada lagi penggunaan teksi...

Ahli Perniagaan Malaysia Mati...

HATYAI - Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari Jumaat oleh pihak...

Pemilihan PKR Di 4 Negeri Ditangguh, Kedah Diadakan Semula

BUTTERWORTH – Proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsung di Pulau Pinang dan Kedah hari ini.

Ekoran masalah itu, proses pemilihan di Kedah dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop.

Beliau berkata proses pengundian akan bermula semula pada 30 Sept di Johor seperti jadual yang ditetapkan JPP, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

“Semua proses pengundian yang telah dijalankan di Kedah dibatalkan semuanya. Proses pengundian yang dijadual untuk Perak dan Perlis yang dijadualkan esok juga ditangguhkan. JPP akan menetapkan tarikh-tarikh baharu bagi kesemua cabang di negeri-negeri berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini malam ini.

Bagi pemilihan PKR di Pulau Pinang, Ismail berkata keputusan pengundian hari ini diterima tanpa perubahan sehingga terdapat bantahan secara bertulis daripada pihak yang tidak berpuas hati.

Katanya JPP akan meneliti semua bantahan itu dan mengadakan perbincangan di peringkat JPP dan kepimpinan PKR sebelum menentukan sama ada keputusan di Pulau Pinang akan dikekalkan atau sebaliknya.

“Laporan yang JPP terima daripada petugas-petugas di lapangan amat mendukacitakan. Banyak insiden di luar jangkaan JPP telah berlaku khasnya di Kedah dan beberapa tempat di Pulau Pinang sehingga JPP terpaksa menangguhkan proses pengundian di sembilan cabang di Kedah.

“Di samping itu, bilik gerakan JPP juga menerima beberapa aduan terhadap proses pengundian yang berlaku di Pulau Pinang,” katanya.

Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi semasa proses pengundian di Kedah dan Pulau Pinang hari ini terutama daripada segi kefahaman sistem dan proses pengundian ‘e-voting’.

Beliau berkata terdapat kekurangan sokongan teknikal di tempat pengundian bagi membantu petugas-petugas mengendalikan proses pengundian sehingga menyebabkan beberapa insiden tidak diingini berlaku selain wujud kekeliruan mengenai status anggota-anggota parti dalam senarai anggota yang layak mengundi.


“JPP telah membuat persiapan untuk menangani isu-isu ini, namun oleh kerana ini adalah pengalaman pertama mengendalikan proses e-voting maka proses semakan dan pemutihan maklumat anggota yang diharapkan dapat dilakukan serentak dengan proses pengundian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dengan kehadiran jumlah pengundi yang begitu ramai,” katanya.

Ismail menegaskan JPP sentiasa komited dalam memastikan proses pengundian pemilihan PKR 2018 berjalan lancar dari semasa ke semasa.

“Pihak JPP ingin menegaskan segala insiden yang berlaku hari ini bukanlah kerana sistem e-voting kerana sepanjang hari ini bilik gerakan JPP yang memantau sistem e-voting ini berjalan tidak mendapati sebarang masalah terhadap sistem yang digunakan,” katanya.

Pemilihan PKR 2018 bermula di Kedah dan Pulau Pinang hari ini melibatkan 105,056 anggota layak mengundi di 28 cabang bagi memilih barisan kepimpinan peringkat pusat dan cabang.

Sementara itu, di IPOH Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty berkata pihaknya berharap pengundian menggunakan sistem manual digunakan semula untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan memberi keadilan kepada semua anggota parti terutama yang berumur.

“E-voting kurang berkesan terutama kepada orang yang berusia kerana ada kalangan mereka tidak celik teknologi walaupun sistem ‘chai’ (penyediaan senarai calon-calon) dibenarkan kali ini.

“Kita mengamalkan dasar demokrasi satu anggota satu undi, tetapi bila yang dewasa (berusia) tidak celik IT haknya ternafi, mereka terpinga-pinga,” katanya dalam satu sidang media di sini, malam ini. – BERNAMA

Kategori