Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak ‘Show Off’ Di...

KEWUJUDAN akaun Rich Kids of ..... (nama bandar) adalah satu fenomena yang sering ditemui...

Pembinaan MRT Laluan SSP...

KUALA LUMPUR - Pencapaian keseluruhan pembinaan MRT Lembah Klang bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya...

K’jaan Kedah Cadang Naikkan...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah bercadang menaikkan gaji dan elaun Anggota Dewan...

40 Maut Penyokong Bola...

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas satu rempuhan di luar sebuah stadium...

Pemilihan Kecoh Aksi Masyarakat Rendah Tamadun

KUALA LUMPUR – “Biasanya, aksi dan cara sebegitu hanya kita lihat dalam masyarakat yang rendah peradaban dan tamadunnya”

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata demikian bagi merujuk insiden pergaduhan yang berlaku dalam pemilihan sebuah parti politik baru-baru ini.

Menurut beliau, rakaman video pergaduhan yang berlaku itu dan kemudian tersebar di media sosial amat merisaukan.

“Malangnya, dalam negara Malaysia yang terkenal dengan kesantunan terjadi hal seperti itu.

“Ternyata, kuasa telah menjadikan manusia hilang nilai dan akal yang waras. Apakah kualiti pemimpin yang hendak mereka pilih jika demikian keadaannya?,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media kelmarin melaporkan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa diserang dan dipukul semasa meninjau proses pemilihan parti di Cabang Keningau petang ini.


Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 petang dan turut disaksikan oleh orang ramai serta anggota polis yang berkawal.

Jawatan Timbalan Presiden PKR turut ditandingi penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad. – MYNEWSHUB.TV

Kategori