Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ardell Kesal Masih Diganggu...

WALAUPUN sudah beberapa bulan berhijrah serta berhijab, pelakon kecil molek Ardell Aryana masih...

Zinedine Zidane Kembali Ke...

MADRID - Zinedine Zidane berkata tidak dia berdepan sebarang keraguan ketika membuat keputusan...

Kedah Tunggu Kelulusan Kabinet...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah sedang menunggu persetujuan Kabinet terhadap cadangannya untuk...

Lelaki Paling Kaya Di...

PENGASAS Amazon, Jeff Bezos yang diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia mengumumkan...

Pemfitnah Mujahid Akan Dilapor Polis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan memfailkan laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Esmee Mat Isa.

Tindakan itu dibuat susulan fitnah yang dibuat individu tersebut telah memberikan persepsi buruk terhadap Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut.

“Fitnah jahat untuk memberi persepsi buruk terhadap diri saya. Walaupun secara jelas video yang dimuatnaik adalah ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam majlis sumbangan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta kepada Nasyrul Quran, namun Esmee Mat Isa ini secara sengaja menulis kononnya Lim Guan Eng merasmikan kompleks ini.

“Saya akan failkan laporan polis dan mengheret beliau ke muka pengadilan,” tulis Mujahid di Facebooknya.


Dalam posting Facebook yang dimuat naik Esmee menulis, kononnya Mujahid meminta Guan Eng merasmikan pusat percetakan al-Quran.

“Apa nak jadi kafir harbi merasmikan pusat al-Quran. Betapa teruknya liberalitarian Menteri Agama Islam,” katanya. – Sinar Harian

Kategori