Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Aplikasi Perbankan Malaysia Pertama...

HONG LEONG Bank Berhad menjadi bank pertama di Malaysia yang mengumumkan sokongan untuk jam...

Agong Terima Menghadap Ketua...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Tun M Kata Tak...

ALAHAI... Sama ada memang lupa atau nyanyuk, jawapan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Enrico Barbian Dari Bardiani...

MUAR - Pelumba Itali, Enrico Barbin menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi...

Pemergian Bapa Tak Halang Ina Cemerlang PT3

JOHOR BAHRU – Ketiadaan bapa tersayang sejak tiga tahun lepas bukan alasan untuk tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Malah ia menguatkan semangat Ina Najwa Ruzaidi untuk berusaha dalam mengubah kehidupan keluarganya.

Mengimpikan restoran miliknya sendiri, Ina yakin boleh mencapainya dengan berbekalkan semangat dan usaha.

“Ibu selalu menyokong saya selain kakak juga banyak bantu saya dalam pelajaran. Saya nak jadi usahawan dan buka restoran sendiri nanti sebab saya suka makanan,” kata Ina ketika ditemui Bernama di SMK Mohd Khalid, di sini hari ini.

Ina yang mendapat 7A, 2B dan 1C berminat mengambil aliran akaun dan perdagangan memandangkan kedua subjek itu akan membantunya untuk menceburi bidang keusahawanan.

Bapanya, Ruzaidi Mohd Yusof meninggal dunia kerana penyakit leukimia manakala ibunya, Junaidah Atan bekerja sebagai tukang cuci.

Sementara itu, Nur Sara Jamil yang merupakan seorang atlet judo berkata pembahagian masa antara latihan dan akademik amat penting.


Walaupun aktif bersukan, keseimbangan antara kedua-dua itu penting dalam mencapai apa yang dicita-citakan.

Sokongan keluarga selain guru-guru dan jurulatih antara penyumbang Nur Sara memperoleh 9A 1B dalam PT3.

“Kawan-kawan tingkatan tiga ramai juga atlet judo, kami selalu belajar bersama-sama. Selain kerap berjumpa cikgu untuk mendapatkan maklumat terutama subjek yang saya tertinggal,” katanya.

Nur Sara yang pernah bertanding di peringkat kebangsaan berazam untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA kelak.

Sejumlah 50,004 calon daripada 284 pusat PT3 didaftarkan di negeri menerima keputusan di sekolah masing-masing hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PT3

Kategori