Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRN: BN Umum Calon...

Kuala Lumpur : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Suhakam Akan Terus Pejuang...

SAMBUTAN Hari Hak Asasi Manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Petaling...

Polis Nafi Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Susulan penahanan seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Filipina...

Pesawat MAB Dari London...

LONDON - Kecekapan juruterbang berjaya menyelamatkan sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) daripada...

Pemergian Allahyarham Tan Sri SM Salim Amat Dirasai

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tan Sri SM Salim merupakan antara mentor yang disegani di kalangan penyanyi lagu irama Malaysia dan lagu Melayu klasik di negara ini, kata penyanyi veteran Uji Rashid.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid yang juga merupakan rakan seperjuangan berkata pemergian Allahyarham pastinya akan dirasai selepas ini.

“Ibu (membahasakan diri sebagai Ibu Uji) benar-benar terasa dengan pemergian Allahyarham yang banyak membimbing dan membantu ibu dalam industri hiburan tanah air.

“Bukan setakat nyanyian sahaja Tan Sri bantu ibu, malahan lebih daripada itu dan arwah cukup sinonim dengan telatahnya yang suka mengusik orang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini hari ini.

“Ibu dan rakan seperjuangan yang lain reda dengan pemergian Tan Sri dan saya…yang lain akan teruskan perjuangan muzik irama klasik di mata dunia yang kini ditenggelami zaman,” kata Uji yang cukup popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang sehingga kini.

Penyanyi veteran Datuk Jeffrydin berkata karya seni yang dihasilkan oleh Allahyarham tiada gantinya kerana keunikan dan cara yang dibawa oleh beliau begitu unik dan tersendiri.

“Hasil seni Tan Sri saya boleh katakan seumpama harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama begitulah apa yang arwah telah berikan kepada kita khususnya kepada rakan seni musik klasik,” katanya.


Kira-kira 200 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham semasa pengebumian itu termasuk beberapa artis tanah air seperti Datuk A.R Rahman, Datuk Jeffrydin dan Uji Rashid.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada 2.45 petang.

Allahyarham meninggal dunia petang semalam pada usia 88 tahun di kediamannya di Ukay Perdana kerana sakit tua.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori