Kes Pemecatan Ujang: Netizen Serang FB Upin Ipin

KISAH legenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang dipecat dari sebuah syarikat penerbitan komik popular, Upin Ipin berikutan khidmatnya tidak lagi diperlukan kini menjadi topik paling hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia.

Berang dan simpati dengan dengan kejadian yang menimpa Ujang, netizen bertindak meluahkan rasa kekecewaan dengan menyerang laman Facebook rasmi, Upin Ipin sehingga penggunaan #Boikotupinipin turut ‘mewarnai’ pages tersebut.

Kes Pemecatan Ujang: Netizen Serang FB Upin Ipin

Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak hati atas kenyataan Pengarah Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md Radzi yang mendakwa tidak tahu menahu jawatan Ujang selaku penasihat dalam komik Upin Ipin padahal kartunis itu sudah berkhidmat selama enam tahun.

Lebih panas, netizen turut menularkan gambar mereka berdua yang dirakam ketika berada di sebuah restoran sekali gus membuktikan keakraban yang pernah terjalin antara mereka.

Hal ini sekali gus menyebabkan ramai yang berpendapat kenyataan Burhanuddin sekadar hanya mahu menyelamatkan diri dalam isu ini.

“Ada gambar Tuan Burhanuddin bersama kartunis Ujang di sebuah restoran. Jangan tipu-tipu eaa, Tok Dalang. Tipu berdosa tau,” Muhd. Hafizul Hukmi.

“Macam mana boleh tak tahu Ujang jadi penasihat? Pelik betul.. 6 Tahun bai.. 6 tahun bai,” Ahmad Farhan Ismai.

“Pooodah…..6 tahun tak tau apa peranan Ujang….budak-budak boleh la kau nak kelentong…dasar lupa daratan,” Muhamad Shahrin.

Tidak terhenti di situ, laman rasmi yang memiliki lebih 12 juta pengikut ini turut dihujani dengan pelbagai kata-kata makian.

“Cerita Upin Ipin penuh nilai-nilai kemanusiaan… rupa-rupanya tokey Upin Ipin lupa erti kemanusian,” kata Abu Bakar.
.
“Hahaha meriah dengan kutukan page ni….kesian syarikat ni kena sumpah seranah orang ramai… tu la buat lagi ye,” tulis Bayu Saputra.

“Habis madu sepah dibuang.. dulu masa baru nak up melutut nak mintak khidmat Abang Ujang… Bila dah senang macam tu ko buang dia..,” Ismail Mahmud.

Terdahulu, perkongsian status daripada Ujang yang menyatakan dirinya dipecat oleh syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin dalam tempoh 24 jam telah menimbulkan kemarahan netizen yang mengikuti perkembangan kartunis itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...