Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nilai Semula MoU, Tidak...

SHAH ALAM - Kerajaan perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menunggu Memorandum Persefahaman...

Anak Mahu Bapa Baharu,...

SEBELUM ini, pelakon popular Rita Rudaini ada berkongsi di Instagram (IG) miliknya apabila...

Kebocoran CCTV, MAHB Mulakan...

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui...

Campur Tangan BNM, Kadar...

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan...

Pembuli Jalan Raya Ditahan Polis Di Johor

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian yang berlaku di Jalan Johor Jaya Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, ‘pembuli’ berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di Permas Jaya untuk membantu siasatan.

“Satu laporan polis diterima IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam Jumaat lalu oleh seorang perempuan berusia 26 tahun di Balai Polis Johor Jaya menyatakan kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa memandu di Jalan Johor Jaya, keretanya telah dipotong oleh sebuah kereta lain dari sebelah kiri lalu berhenti di hadapan kereta mangsa.

“Seorang lelaki bertindak turun dari kereta dan datang ke arah mangsa lalu memarahi dan memaki mangsa selain mengambil gambar mangsa mengunakan telefon bimbitnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 506/509 Kanun keseksaan untuk membantu siasatan.


Terdahulu, tular di laman sosial Facebook sebuah video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan pemandu kereta mewah jenis Audi bertindak menghalang kereta seorang wanita di tengah jalan raya dan memarahi dan memaki wanita tersebut.

Turut kedengaran dalam video itu wanita berkenaan yang dipercayai sedang mengandung menangis kerana ketakutan.

Lelaki itu kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

Kategori