Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Hugh Jackman Akan Tinggalkan...

AKTOR yang terkenal dengan watak hebat 'Wolverine' dari sekuel filem X-Men, Hugh Jackman...

Kerana Silap Dulu, Serina...

SEBAGAI satu langkah persediaan masa hadapan, pelakon Serina Redzuawan telah menasihati semua golongan...

Lelaki Maut Tercekik Tulang...

BESUT: Seorang lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas, dipercayai tercekik tulang daging korban...

3 Ditahan, Akaun RM4...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun syarikat...

Pembinaan HSR Di Singapura Dijangka Mula 2019

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) telah membuka tender bagi reka bentuk serta pembinaan terowong dan kemudahan berkaitan di bahagian negara itu bagi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, lapor The Straits Times, hari ini.

Menurut edisi dalam talian akhbar itu, pembinaan tersebut dijangka bermula pada tahun depan.

“Kami membuka tender bagi reka bentuk dan pembinaan terowong berkembar dan kemudahan berkaitan pada 6 April manakala reka bentuk dan pembinaan terowong tertutup menuju terminal Jurong East pada 11 April,” kata laporan media itu yang memetik seorang jurucakap LTA.

Menurut laporan itu, terowong berkenaan akan dibina menggunakan mesin khas pengorek terowong iaitu kaedah sesuai bagi usaha mengorek bawah tanah yang kurang menjejaskan kemudahan, bangunan dan struktur di bahagian permukaan.

Secara perbandingannya, terowong termasuk jenis tertutup itu dibina dengan menggunakan struktur sedia ada manakala kerja-kerja pengorekan dijalankan secara berperingkat dan lebih sesuai untuk jarak dekat dan di kawasan terbuka dengan tidak banyak kemudahan, bangunan dan struktur di permukaannya.

Terowong tertutup juga lebih sesuai bagi struktur bawah tanah lebih besar seperti terowong menuju terminal Jurong East, kata laporan tersebut.


Menurut LTA, baki tender sivil lainnya akan dibuka pada bulan-bulan akan datang dan pembinaannya dijangka bermula pada tahun depan.

“Rancangan untuk memulakan perkhidmatan ekspres Kuala Lumpur-Singapura menjelang 2026 adalah mengikut jadual,” kata jurucakap itu.

Laluan HSR Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350-kilometer itu dijangka dapat mengurangkan tempoh perjalanan antara dua destinasi itu kepada 90 minit. – BERNAMA

Kategori