Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Azmin Gagal Dalam Tuntutan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Penunggang Motosikal Maut, 2...

KLUANG – Seorang penunggang maut manakala dua rakannya cedera parah selepas sebuah kereta...

Impian Adik Hafiq Qayyum...

SEBELUM ini, Mynewshub ada menyiarkan kisah mengenai hasrat adik Hafiq Qayyum yang menghidapi...

Tiada Keperluan Untuk Parti...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun...

Pembiayaan Pertumbuhan Hijau Perlu Disusun Semula

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap dapat menyaksikan perubahan pemikiran mengenai pelepasan karbon dan bagaimana menggalakkan amalan rendah karbon untuk memacu pertumbuhan hijau global dalam era pasca COVID-19, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada Persidangan Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diadakan secara dalam talian semalam, beliau berkata penting bagi negara rakan kongsi untuk membentuk semula pendekatan yang diambil selepas pembiayaan ditumpukan untuk pemulihan COVID-19.

“Memberi tumpuan kepada wabak COVID-19 tidak bermakna kita boleh membiarkan ‘bola jatuh di kawasan lain’.

“Sekarang kita mesti bermula semula dan bersedia ke arah tenaga hijau, prasarana dan pembiayaan bagi memastikan pemulihan ekonomi secara mampan, menjelang sidang kemuncak perubahan iklim COP26 di Glasgow, Scotland, pada November,” katanya.

Sehubungan itu Hishammuddin berkata, Malaysia kini bersedia dan sanggup berkongsi kepakaran dalam kewangan Islam, yang dirasakan semakin mampu memainkan peranan dalam menjana pertumbuhan hijau global serta ke arah pembangunan infrastruktur.

Katanya, pada 2017, Malaysia adalah negara pertama dunia yang melancarkan instrumen iklim kewangan baharu iaitu bond Islamik yang dikenali sebagai sukuk hijau, dengan perolehannya digunakan untuk membiayai projek prasarana alam sekitar mampan.

“Yang terbaharu adalah pada April lalu apabila Malaysia berjaya mengumpul US$1.3 bilion menerusi ‘Sukuk Kelastrian’, yang pertama diperkenalkan di dunia.


“Keyakinan pelabur terhadap instrumen ini amat memberangsang apabila terlebih langgan sebanyak 6.4 kali,” katanya.

Hishammuddin berkata, Kuala Lumpur menempatkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (ISFB), sebuah organisasi penanda aras antarabangsa bagi sektor yang semakin berkembang ini.

Mengenai COVID-19, Hishammuddin menggesa kerjasama lebih erat daripada negara kongsi BRI bagi memastikan semua negara mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi.

“Ketika negara kaya di sebelah Utara Dunia memiliki keistimewaan untuk menimbun stok vaksin, jumlah berlipat kali ganda berbanding jumlah penduduk, negara di Selatan Dunia terpaksa bergelut. Tapi perlu diingat, kita akan selamat apabila semua selamat,” katanya. – BERNAMA

Kategori