Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Sekadar Sokong Kosong...

KUANTAN - Sikap suka membodek dan hanya menunjukkan 'sokongan kosong' dalam kalangan anggota...

Waspada Kempen Mengelirukan Saat...

PUTRAJAYA – Rakyat perlu berwaspada, tidak terpengaruh serta keliru dengan pelbagai penyelewengan psiko-sosial...

Operasi SAR Kru Kapal...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal dagang...

Hijab Wanita Logo UMNO...

MERIAH... Ternyata setiap tahun peniaga pasti tidak sabar menanti peluang buka gerai ketika...

Caj Rawatan Di Hospital & Klinik Kesihatan KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sejak akhir-akhir ini timbul salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) yang telah tersebar di media sosial.

Kementerian ingin menjelaskan bahawa caj rawatan yang dikenakan ke atas pesakit warganegara di hospital dan klinik kesihatan adalah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 manakala caj yang perlu dibayar oleh pesakit sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan perkhidmatan PPBP adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) Pesakit Bayar Penuh 2007.

Sehubungan itu, caj yang dikenakan kepada pesakit luar adalah masih sebanyak RM1.00 sahaja di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5.00 sahaja di Jabatan Pesakit Luar Pakar, yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan. Manakala perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh KKM semasa penganjuran karnival dan kempen kesihatan adalah secara percuma.

Selain itu, perkhidmatan yang diberikan melalui klinik bergerak samada melalui pengangkutan darat, laut atau perkhidmatan doktor udara juga adalah secara percuma.

Pengecualian caj rawatan hospital turut diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit manakala ibu-ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal dan kanak-kanak di bawah umur satu tahun dikecualikan daripada caj pesakit luar. Kanak-kanak pra sekolah pula dikecualikan daripada caj rawatan pergigian (selain alat ortodontik), imunisasi dan vaksinas.

Kerajaan juga memberi pengecualian caj pesakit luar kepada warga emas dan pengurangan caj 50% jika dimasuk ke wad dengan jumlah bayaran maksimum sebanyak RM250 sahaja. Antara golongan-golongan lain yang telah diberi pengecualian adalah seperti golongan OKU, penerima bantuan kebajikan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ juga diberi pengecualian daripada caj rawatan.


Walau apapun, bagi memastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang memerlukan rawatan perubatan tetapi tidak mampu membayar caj yang dikenakan, Kerajaan telah menetapkan peraturan bahawa pesakit yang tidak mampu membayar caj rawatan boleh memohon untuk dikecualikan daripada membayar sepenuh atau sebahagian daripada caj yang dikenakan.

Maka adalah jelas bahawa Kerajaan akan terus komited untuk menjaga kebajikan kesihatan rakyat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori