Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bawa 200 Paket...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah flat di...

Wanita Dipenjara Miliki Rokok...

KULIM - Seorang wanita dihukum penjara tujuh hari dan denda RM26,000 oleh Mahkamah...

Kerusi Parlimen Pakatan Hanya...

KOTA BHARU - PAS menyifatkan keputusan terbaru pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen...

MPMKKA Bantu Perkara Dasar,...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan Majlis Perundingan Mengenai Keselamatan dan...

Pemberian Vaksin Cecah 400,000 Dos Sehari Pada Ogos

KUALA LUMPUR – Kapasiti pemberian vaksin COVID-19 Malaysia disasarkan mencecah 400,000 dos sehari pada Ogos ini, selaras peningkatan jumlah bekalan vaksin yang dijadualkan diterima bermula bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata Malaysia dijadual menerima 12.8 juta dos vaksin pada bulan depan dan 14.4 juta dos pada Ogos.

Dengan peningkatan bekalan itu, katanya, semua negeri dapat meningkatkan kapasiti pemberian vaksin harian, sekali gus membolehkan sasaran vaksin 80 peratus populasi negara dicapai lebih awal daripada garis masa ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Kita sasarkan 200,000 dos sehari pada Julai, namun pada 15 Jun lalu, kita sudah berjaya mencapai sasaran itu untuk tiga hari berturut-turut dan purata pemberian vaksin pada bulan ini akan lebih 150,000 sehari.

“Ini akan ditingkatkan pada Julai dengan sasaran kapasiti maksimum 300,000 dos sehari, sebelum ditingkatkan lagi ke kapasiti maksimum 400,000 dos sehari pada Ogos,” katanya pada sidang media Pelan Pemulihan Negara secara hibrid di Putrajaya.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini, 40 peratus populasi negara dijangka menerima vaksin menjelang Ogos, 60 peratus dijangka sekitar Oktober dan 80 peratus populasi menjelang Disember ini.


Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kapasiti pemberian vaksin harian di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang akan ditingkatkan sebelum ketibaan musim tengkujuh.

“Ketiga-tiga negeri ini memiliki keupayaan untuk tingkatkan pemberian vaksin kerana kita tidak beri suntikan vaksin pada November dan Disember di negeri yang akan terkesan dengan musim tengkujuh.

“Kapasiti pemberian vaksin di Selangor pula kini hampir 40,000 dos sehari, dan akan ditingkatkan kepada 135,000 dos pada Julai serta 165,000 dos pada Ogos.

“Jika kita mahu memberi vaksin 80 peratus populasi lebih awal daripada sasaran, kapasiti pemberian vaksin perlu mencecah 400,000 dos sehari pada Ogos ini,” katanya. – BH Online

Kategori