Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembantu Rumah Asing Boleh...

KUALA LUMPUR - Hanya mereka yang berdepan kesulitan bagi menjaga ibu bapa atau...

“SPRM ‘Boleh Masuk’ Siasat...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak menghalang...

PPBM Bakal Berkubur, RoS...

SEBAGAIMANA dijangkakan pelbagai pihak, jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berakhir...

Warga Asing Maut Tak...

ENDAU – Seorang lelaki warga Bangladesh tidak sempat meneguk minuman yang dibelinya di...

Pemberian Vaksin AstraZeneca Dimasukkan Dalam PICK

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk kembali memasukkan AstraZeneca dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehubungan itu, kaedah pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi diteruskan secara sukarela, sebaliknya ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh akan datang.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata masyarakat kini sudah tidak lagi meragui vaksin AstraZeneca dan ia diterima baik dalam kalangan rakyat di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya sedang melihat kemudahan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 dikehendaki yang mungkin diberikan kepada orang ramai melalui MySejahtera yang akan dikemaskini dalam tempoh terdekat.

“Kalau kita melihat kepada keputusan kaedah sukarela ini, ia dibuat apabila ada keengganan dalam kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca.

“Ia disebabkan beberapa berita mengaitkan vaksin ini dengan kes pembekuan darah. Maka, kaedah sukarela dibuat berdasarkan keputusan ‘inform decision’ oleh individu terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari. – BH Online

Kategori