Pemberi Cek Ada Niat Sorok Sumber Dana?

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah melontarkan persoalan kepada saksi ke-31, Halijah Abdul Wahab yang merupakan Penolong Pengurus Maybank KL mengenai kemungkinan sumber dana disorokkan daripada penenerima.

Muhamad Shafee merujuk kepada transaksi tertentu antara Permai Binaraya, SRC, Perdana Putra Construction (PPC), SRC dan akaun Najib.

Halijah mengesahkan selain daripada transaksi pemindahan wang melalui surat arahan ada juga melalui cek.

“Adakah anda bersetuju kemungkinan pemberi cek berniat untuk menyorokan sumber dana itu daripada penerima?” soalnya.

Saksi kemudian mengangguk sambil menyatakan beliau bersetuju dengan andaian tersebut sebelum Muhamad Shafee mengakhiri pemeriksaan balasnya.

Dengan pihak pendakwa tidak mempunyai sebarang soalan untuk Halijah, prosiding kemudian memanggil saksi ke-32 bagi menyambung perbicaraan. – MalaysiaGazette