Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Kenduri Syukur Rai...

SUNYI... Pada kebiasaanya apabila rai sesuatu tarikh penting, maka peserta akan ada paling...

Nyamuk Lebih Tertarik Kepada...

LONDON - Mengikut satu kajian ke atas pasangan kembar, DNA atau baka genetik...

Bot Tempatan Dikendali Warga...

GEORGETOWN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot...

Bebal Al-Quran Samakan Islam...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan kenyataan-kenyataan...

Pembentangan Kertas Putih FELDA Ditangguh – Azmin

KUALA LUMPUR – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) menangguhkan pembentangan Kertas Putih Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang sepatutnya dibuat hari ini, ke sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi memastikan keutuhan kertas putih berkenaan, jemaah menteri juga bersetuju agar pembentangan itu ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas tahun 2019.

“MEA telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempertimbangkan semula cadangan pembentangan Kertas Putih itu hari ini. AGC berpendapat beberapa isu perundangan perlu diselesaikan sebelum Kertas Putih tersebut boleh dibentangkan di Parlimen.

“Kementerian mengambil berat pandangan daripada AGC dan telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan jemaah Menteri.

“Demi memastikan keutuhan Kertas Putih FELDA, jemaah Menteri telah bersetuju agar pembentangan Kertas Putih ini ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas tahun 2019,” katanya.

Mohamed Azmin berkata kementeriannya telah bekerjasama rapat dengan FELDA dalam menyediakan satu Kertas Putih bagi mendapatkan gambaran yang mendalam tentang kemelut yang menyelubungi agensi itu.


Menurutnya, gambaran yang jelas akan dapat membantu kementerian dan pengurusan baharu FELDA dalam merangka pelan pemulihan dan hala tuju FELDA yang lestari dan mampan.

“MEA (kementerian) komited untuk membentangkan Kertas Putih yang komprehensif dan berkredibiliti, MEA telah bertungkus-lumus menyediakan Kertas Putih tersebut dan ia di peringkat terakhir penyediaan bagi pembentangan di Parlimen yang dijadualkan pada 10 Disember 2018,” jelas beliau. – BERNAMA

Kategori