Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peniaga Nasi Ayam Rugi...

KUANTAN - Seorang peniaga nasi ayam mengalami kerugian RM14,296 selepas terpedaya dengan anggota...

Sorok Tekukur, Kura-Kura Dalam...

MIRI - Sebanyak 70 burung terdiri daripada spesies burung tekukur dan burung merbuk...

Operasi Khas Samseng Jalanan...

JOHOR BAHRU : Polis mengeluarkan 2,350 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi...

“Ini Jubah Atau Dress...

LETUSAN idea kreatif anak-anak muda dengan menampilkan pelbagai gaya dan fesyen dilihat mampu...

Pembeli Equanimity Boleh Runding Terus Kerajaan, 1MDB

KUALA LUMPUR – Pihak yang berminat untuk membeli kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kini boleh berunding terus dengan Kerajaan Malaysia dan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti), hari ini membenarkan permohonan peguam mewakili kerajaan dan 1MDB selaku pemohon untuk meminda perintah dikeluarkannya sebelum ini, iaitu pembeli berpotensi hanya dibenarkan mengadakan rundingan dengan firma broker yang dilantik.

Bagaimanapun, peguam Jeremy Joseph yang mewakili kedua-dua plaintif, ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes hari ini berkata firma broker yang dilantik kerajaan, Burgess, masih kekal sebagai agensi broker pusat bagi urusan jualan.

“Jadi, sekarang mereka (pembeli) juga boleh datang dan berunding terus dengan kita selain daripada broker yang dilantik… prosiding hari ini adalah untuk mendapatkan perintah dan penjelasan berhubung perkara itu,” katanya.

“Kami ingin memastikan bahawa jaringan ini dapat diperluaskan supaya pembeli berpotensi lain boleh berunding dengan kami secara langsung.

“Dengan perintah ini, ia diharap dapat memaksimumkan potensi pembelian,” katanya.

Peguam itu berkata, perintah dipohon pihaknya dibenarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris, dalam kamar beliau hari ini.

Pada 24 Ogos tahun lalu, Khadijah membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia, 1MDB dan dua subsidiarinya, Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited, untuk menjual kapal mewah terbabit.


Mahkamah juga membenarkan permohonan kesemua plaintif bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Mahkamah membenarkan permohonan penjualan dengan alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

Permohonan itu dibuat melalui kes saman pemula difailkan kesemua plaintif pada 6 Ogos tahun lalu, dengan menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd. beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Kapal mewah itu dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos tahun lalu apabila pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia selepas dirampas di Bali pada Februari tahun lalu atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Permintaan itu dibuat sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah yang dilancarkan oleh Jabatan Keadilan AS ke atas 1MDB. – BH Online

Kategori