Pembangkang Terus Fitnah GST Naik Lepas PRU14

PEMBANGKANG terus menyebarkan fitnah yang kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar GST selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Kempen fitnah terang-terangan ini dijalankan oleh PH untuk menakutkan orang ramai supaya tidak mengundi BN.

Walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri, Pakatan Harapan (PH) masih tidak berhenti menyebarkan fitnah ini.

PH malah menyimpulkan bahawa undi untuk BN ialah undi untuk “parti GST”, walaupun sebenarnya mereka sendiri tidak berani memansuhkan terus GST.

Dalam manifesto mereka sendiri, mereka meletakkan kadar 0 peratus GST, bermakna ada ruang lagi untuk mereka mengenakan GST.

PH telah mengemukakan pelan-pelan tidak realistik dalam manifesto mereka kononnya untuk “mengawal ketirisan” dan sebagainya, tetapi tidak jelas dalam usaha menambah pendapatan kerajaan.

Dalam tawaran mereka, PH menjanjikan pemberian seperti gaji minimum, KWSP suri rumah, subsidi petrol bersasar dan bantuan kesihatan, tetapi keseluruhan tawaran mereka tidak menunjukkan ada sumber yang munasabah.

Ini menampakkan kegelojohan mereka untuk memburukkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tanpa menawarkan penyelesaian.

PH sebenarnya ada dibelenggu rasa serba salah apabila lantang bercakap tentang rancangan untuk menyiasat 1MDB, Felda, Mara dan sebagainya, tetapi mendiamkan terus skandal besar di bawah calon perdana menteri mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PM Najib secara tegas menyatakan berkali-kali tentang keperluan GST bagi menambahkan pendapatan negara, yang digunakan untuk banyak keperluan rakyat, termasuk keperluan seperti yang ditawarkan oleh PH itu, cuma kerajaan BN menyediakan lebih banyak lagi.

Perdana menteri juga menjelaskan, tidak seperti hampir semua negara di dunia, GST di Malaysia rendah dan banyak barangan dikecualikan untuk tidak membebankan rakyat.

β€œSaya ingin jamin kepada rakyat Malaysia, bahawa kadar GST kita adalah antara yang terendah di dunia, dan jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan atau zero-rated, barangkali paling banyak didunia.

β€œDan saya juga ingin beri jaminan, bahawa kerajaan tidak ada cadangan nak naikkan kadar GST,” katanya semasa merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-36 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Januari lalu.

Dalam era ekonomi dunia semakin kurang bergantung pada hasil petroleum, kerajaan perlu mencari sumber lain yang stabil dan berkesan, dan GST ialah jawapannya.

Tidak hairanlah mekanisme ini menjadi pilihan banyak negara di dunia, termasuk negara diperintah “abang besar” DAP, Singapura, yang mengenakan kadar GST lebih tinggi. – Mynewshub.cc

Loading...