Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Sri Aman Kembali...

KUALA LUMPUR - Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya...

“Dana FELDA Tak Hilang,...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul...

Jangan Tergesa-Gesa Laksana Sekatan...

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan...

Pandelela Mahu Perbaiki Pencapaian...

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mahu memberi sepenuh fokus...

Pembangkang Bangladesh Kempen Di Media Sosial

DHAKA – Parti pembangkang Bangladesh terpaksa menggunakan saluran media sosial untuk melobi undi menjelang pilihan raya umum minggu ini, selepas media arus perdana menutup ruang dan kebanyakan calon terlalu takut untuk berkempen di tempat awam.

Selama dua minggu berkempen, Perdana Menteri Sheikh Hasina berjaya menyampaikan amanat kepada ratusan ribu pengundi yang berarak di seluruh negara, ketika beliau berusaha untuk mengekalkan kedudukan untuk penggal keempat.

Perhimpunan awam yang dianjurkan pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) terlalu kerdil untuk bersaing dengan parti pemerintah.

Pencabar utamanya, Khaleda Zia sedang menjalani hukuman penjara selama 17 tahun atas tuduhan rasuah, yang dipercayai partinya percubaan politik untuk menjaga kedudukan Hasina.

Menurut BNP, kebanyakan calonnya terlalu takut untuk berkempen di tempat awam dan bimbang jika penyokong parti pemerintah melakukan keganasan atau ditahan pihak berkuasa.

BNP berkata, lebih 150 orang calon mereka diserang, 15 orang ditahan dan beribu-ribu aktivis parti cedera dalam pertempuran dengan parti pemerintah, Liga Awami.

Sekurang-kurangnya enam orang penyokong kedua-dua parti terbunuh dalam pertempuran ketika pilihan raya.


Bimbang berlakunya pertumpahan darah, memaksa BNP beralih kepada laman sosial Facebook untuk meraih sokongan 100 juta pengundi Bangladesh menjelang pilihan raya, Ahad depan.

Parti itu berkongsi rakaman ucapan Setiausaha Agung BNP, Fakhrul Islam Alamgir selama tiga minit, yang merayu seluruh pengundi muda agar memilih parti itu. Rakaman itu yang dimuat naik malam Jumaat lepas, mulai tersebar di sosial media.

“Liga Awami mahu mewujudkan persekitaran menakutkan agar kamu semua hilang minat untuk mengundi pada pagi 30 Disember nanti. Anda boleh mengelak rompakan undi. Demokrasi perlu diselamatkan,” kata rakaman itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori