Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kedai Makan Dikenakan Notis,...

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan...

Tahniah! Hafiz Suip Kini...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini bergelar bapa selepas menyambut...

Pemilik Pertama Suara Nobita...

PEMILIK suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota,...

Pintar, Prihatin Jadikan Sultan...

KECEMERLANGAN akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang...

Pembahagian Kerusi Rakan Politik PN Selesai 60%

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi antara PAS dan rakan politik dalam Perikatan Nasional (PN) sudah selesai 60 peratus serta dijangka dimuktamadkan sedikit masa lagi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, hanya kira-kira 15 kerusi yang membabitkan mereka yang lompat parti dari UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum diputuskan dan masih dalam peringkat perbincangan.

Katanya, selain daripada itu, isu pengagihan kerusi berjalan lancar dengan rakan politik PN setakat ini.

“Sebanyak 15 kerusi itu dapat diselesaikan, insya-Allah. 15 kerusi saja, takkan kita nak korbankan 160 kerusi kerana 15 itu.

“Tak patut korbankan 160 kerana 15. Saya rasa ada jalan keluar,” katanya selepas menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini di Sri Pentas hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Syed Aljunid dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.


Muhammad Sanusi berkata, perbincangan sedia ada menjurus kepada pertandingan dua penjuru kecuali di kawasan yang ada pertikaian.

“Kalau tak boleh selesai sangat, semua pakat nak, bertanding tiga penjuru di 15 (kerusi) itu, di tempat lain dua penjuru,” katanya.

Ditanya persiapan Pas, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, ia berjalan dengan baik dan beberapa mesyuarat diadakan dari semasa ke semasa secara dalam talian. – myMetro Online

Kategori